Random post
Shera Aiyob bayi dalam kandungan biarlah rahsia kami
Ini satu lagi pasangan suami isteri selebriti yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka dan kandungan si isteri kini sudah pun masuk trimester ketiga (30 minggu).
Shera Aiyob mendedahkan yang imbasan untuk mengetahui jantina anak sulung mereka sudah pun di’lakukan tetapi beliau & suami, Zahiril Adzim ambil keputusan untuk simpan keputusan imbasan itu.
Nad Zainal Nampak Seksi Pakai Kostum Catwoman "meow"
Wahhh, nampaknya Malaysia pun sudah ada “Catwoman” sendiri.
Anda masih ingat Nad Zainal? Pelakon wanita berusia 22 tahun yang pernah berlakon bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama “Bukan Bidadari” ini telah memuat-naik beberapa keping foto dirinya memakai kostum “Catwoman” ke laman Facebook.
Nad yang kini sedang meningkat naik didalam industri hiburan turut dilihat memakai topeng watak kartun Hollywood tersebut sambil memegang cemeti. Seksi uols!
Nad turut meletak gambar seekor kucing hitam disamping dirinya.
Jom tengok foto-foto Nad Zainal didalam kostum “Catwoman” selepas ini ya!
Emma Maembong Bersekolah sampai Tingkatan 2 sahaja
Nampaknya status pembelajaran Emma Maembong menjadi topik hangat baru-baru ini. Malah Emma sendiri mengakui terkejut yang media mengetahui dirinya hanya setakat belajar sehingga ke tingkatan 2 sahaja. Emma juga tidak pernah menduduki peperiksaan SPM.
Berkata kepada BiPop hari ini, Emma Maembong menjelaskan yang dia tidak pergi ke sekolah dan belajar hanya di rumah. Kata Emma:-
Saya tak ke sekolah, sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang tak boleh berjalan, jadi cikgu datang rumah, pada masa sama, boleh jaga adik. Tapi, saya mengaku, memang tak ambil SPM. Saya belajar melukis dengan ayah, jadi saya memang tak belajar tinggi. Saya nak jadi pelukis sama seperti ayah. Nak ikut jejak ayah.
Foto Cahaya Mata Datuk Lee Chong Wei dan Isteri Tercinta
Pukul 1.36 petang semalam, anak lelaki Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo iaitu Kingston telah dilahirkan secara caesarian di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dengan selamat.
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam
Shaheizy Sam telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular kali ini dan merampas kembali gelaran tersebut daripada pemenang tahun lepas Aaron Aziz.
Artis harus bijak memilih sebarang Aksi Ranjang
Berikutan daripada pelbagai kontroversi babak ‘ranjang’ yang timbul sejak kebelakangan ini, akhirnya pihak berwajib telah tampil untuk menjelaskan segala spekulasi yang timbul berhubung sebarang aksi panas yang dipamerkan menerusi filem-filem baru masa kini.
Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, dirinya sendiri akui sejak kebelakangan ini banyak pihak produksi sudah semakin berani menonjolkan adegan yang tidak sepatutnya di dalam filem arahan mereka sehingga mencetuskan pandangan serong masyarakat terhadap kualiti bidang perfileman tempatan.
12 Foto Lisa Surihani dan Yusri Di Los Angeles
Manis sungguh pasangan suami isteri Lisa Surihani dan Yusri ini. Suka sangat Jom lihat gambar mereka berdua penuh romantik berjalan-jalan di Los Angeles. Memang boleh bikin orang lain jeles
Bojana Danilovic, Wanita Yang Hidupnya Serba Terbalik
Bojana Danilovic, seorang wanita Serbia berusia 28 tahun harus menjalani hidup dalam dunia yang serba terbalik. Sebabnya ialah Bojana Danilovic mempunyai kelainan pada otak yang membuat semuanya tampak terbalik di matanya.
Penyakit yang dihidapinya itu membuat Bojana harus membaca majalah secara terbalik, sehingga dia sering ditegur orang sekeliling.
Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat - Politik
Video kontroversi yang dilakonkan oleh Salih Yaakob dan Nabil telah membuatkan Salih Yaakob bersara daripada dunia hiburan tanah air. Namun sehingga ke hari ini, tiada penjelasan atau reaksi yang telah dikeluarkan oleh Nabil berkenaan video tersebut.
Namun menerusi satu video, Nabil dilihat bersama Khairy Jamaluddin di dalam satu majlis telah menerangkan sebab-sebab dirinya melakukan video parodi tersebut. Antara penjelasan Nabil ialah:-
Apa yang saya buat, saya dapat tohmahan, makian dan cacian. Sampai family saya, isteri saya jadi takut. Saya tak takut dengan semua itu. Sebab apa saya tak takut? Sebab apa yang saya buat, Insya Allah akan bukak mata dan hati orang.Anda boleh lihat video di bawah untuk penjelasan sepenuhnya daripada Nabil.
Foto Dewi Persik Adegan Mandi Tanpa Baju dalam Filem Terbarunya
Terbaru Dewi Perssik (Depe) sibuk shooting filem terbarunya "Titisan Nyi Blorong". Dalam beberapa adegan filem tersebut, kelihatan seperti Depe tidak memakai baju. Mungkin ia sekadar strategi untuk mempromosikan filem terbaru agaknya.
Depe telah memuat naik gambar-gambar beliau melalui akau twitternya, pengikut 200 ribu. Jika hendak diupload disini pasti banyak lagi gambar hot-hot beliau. Ini beberapa lagi foto hot Depe
Eh! Leuniey Natasha, Isteri Khairul Fahmi Che Mat Kini Hamil?
Rasanya sudah masuk 3 bulan usia perkahwinan Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat. Pastinya Apek dan Leuniey masih berada di dalam fasa bulan madu. Bercakap mengenai cahaya mata sebelum ini, kedua-dua pengantin baru ini memberitahu yang mereka tidak menolak sekiranya diberikan rezeki awal.
Sehingga ke hari ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mereka berdua mengenai perkara ini. Namun begitu, kemungkinan Leuniey dengan secara tidak sengaja telah memberitahu pengikutnya di Instagram bahawa dirinya kini sudah hamil menerusi salah satu gambar yang diupload ke applikasi sosial tersebut.
Eina Azman Nyaris Diperkosa Oleh Seorang Datuk
Macam-macam perangai orang zaman sekarang ini. Mungkin tak tahan melihat kecantikan Eina Azman, seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk telah melakukan gangguan seksual ke atas Eina ketika bertemu di sebuah hotel baru-baru ini. Keji kan?
Tragedi buruk ini berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu. Eina bertemu dengan Datuk tersebut untuk berbincang mengenai hal pembelian kereta tetapi lain pula jadinya. Kata Eina kepada Harian Metro:-
Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya.
Guru Hina Anggota Keselamatan Op Daulat Direman
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























