Random post

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Amekaw! Terajang Yang Power Untuk Pencabul

Kejadian ini berlaku di Cina, menjabul dalam bas bergini la jadinya. Sedap tu kena atas muka!!

Guru Hina Anggota Keselamatan Op Daulat Direman


KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

Tetak Rakan Langgar Perjanjian Buat Hubungan Sulit Dengan Isteri

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.



ALOR GAJAH - Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Antara Produk Yang Dilarang Diedar di Seluruh Negara



Jika anda berkunjung ke Singapore, sebaiknya jangan mengunyah gula getah di khayalak ramai! kerana gula getah dilarang beredar di Singapore. Pelik juga la kadang-kadangkan?

Selain gula getah, ada banyak produk lain yang juga dilarang beredar di beberapa negara. Apa saja? Ikuti selengkapnya seperti yang dinyatakan dari Huffington Post berikut ini.

Gula-gula Getah
Singapura sudah melarang peredaran barang ini, baik import mahupun penjualan, gula getah di negaranya selama lebih dari 20 tahun. Alasannya sederhana, agar tempat awam di sana boleh terjaga kebersihannya.

Terbaru Lisa Surihani Buat Laporan Polis, Wang RM50 Ribu Dalam Bank Sudah Hilang


Minggu lepas kecoh sebentar apabila seorang pengurus dikatakan telah membawa lari wang sebanyak RM40 ribu milik seorang penyanyi popular. Sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru lagi.

Hari ini, sebuah tabloid tempatan telah melaporkan bahawa Lisa Surihani dan ibunya, Siti Amira telah mengalami kerugian RM50 ribu apabila kad ATM mereka telah ditukar. Mereka hanya menyedari perkara ini apabila ibu Lisa mahu mengeluarkan wang pada pagi Jumaat lepas dan mendapati baki wang mereka telah berkurangan.

10 Gambar Perhimpunan Bersih Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Gambar-gambar menarik Perhimpunan Bersih di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pelbagai reaksi kita semua boleh lihat pada gambar-gambar di bawah:



Isteri Mat Yo Mengamuk! Gelar Tan Sri Annuar Musa Anjing?


Isteri bekas penyerang pasukan bolasepak Kelantan yang kini di bermain di Johor, Norshahrul Idlan Talaha ataupun Mat Yo, Shahrul Aisya menggelar Presiden Bolasepak Kelantan ( KAFA ), Tan Sri Annuar Musa sebagai anjing.

Kecoh di blog dan facebook milik Shahrul Aisya memberi komen mengenai isu perpindahan pemain itu menyertai pasukan Johor Darul Takzim FC.



Isu Panas: Zarina Anjoulie Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah



Utusan Online sebentar tadi melaporkan pelakon dan model, Zarina Anjoulie Ahmad dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi masing-masing berusia 26 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Pelakon kontroversi ini ditangkap bersama rakannya selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa mereka disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Difahamkan kedua-duanya pada mulanya bertindak untuk tidak memberikan kerjasama dengan tidak membuka pintu walaupun pihak polis sudah memperkenalkan diri.

Bekas Ahli Kumpulan Ruffedge Rogol Anak Tiri

Salah seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol anak tirinya. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Februari 2012. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tahniah! Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2



Semalam 26/12/2012 telah berlangsungnya pertandingan akhir Vokal musim ke 2 yang bertempat di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan untuk peserta Vokal musim ke 2, Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad, 28, atas kejayaannya  menyandang gelaran juara untuk pertandingan realiti program tersebut.

Menerusi pentas konsert Vokal 2 akhir semalam, Uchop telah membawakan single terbarunya yang dicipta oleh Yuzai berjudul ‘Jujurlah Padanya’ serta lagu rock nyanyian Awie dan kumpulan Wings berjudul ‘Dipenjara Janji’ medley bersama lagu ‘Opera Hidup’.

Dalam pada itu, naib juara Vokal pula, Mar telah membawakan lagu ‘Semua di Hatiku’ medley bersama lagu ‘Sesuatu Janji’ serta single terbarunya ciptaan Ajai berjudul ‘Maafkanlah Cinta’.

Untuk pusingan ‘battle’, Mar dan Uchop masing-masing telah memilih lagu ‘Stand Up For Love’ nyanyian kumpulan Destiny’s Child serta ‘Bujang Senang’ nyanyian kumpulan Wings.

Izaad Amir, Gitaris Kumpulan Estrella Telah Kembali Ke Rahmatullah (Takziah)



Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Izaad Amir atau lebih mesra disapa sebagai Mad daripada kumpulan Estrella kerana telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Berita yang sungguh mengejutkan ini telah dikongsikan oleh beberapa teman rapat Allahyarham dilaman Twitter masing-masing di mana menurut Liyana Fizi, Allahyarham dikatakan telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Johor Bharu.


Dalam pada itu, Yuna dan AG COCO turut mengucapkan takziah atas kepergian seorang ahli muzik yang berbakat dalam industri seni tanah air ini.

Senarai Penuh Lokasi Automated Enforcement System (AES) Di Seluruh Negeri Dalam Malaysia

AES merupakan Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment). Sistem ini merupakan adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan. Ia juga merupakan Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia. Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Negara maju banyak mengunakan sistem ini tapi adakah sistem ini dapat mengubah sikap pemandu di malaysia? Apa guna buat kereta sport tapi pandu kat lebuh raya 80 km/s je? Apa guna beli superbike tapi bawak 100km/s?


LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU

Lagi Video Kanak-Kanak Kecil Didera Tersebar


LELAKI BINATANG? sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak kecil dia. ini kan manusia ! Susulan Kes Mekanik Kejam Dera Anak Tiri | Kejadian berlaku di Klang dan menerusi laporan Kosmo, perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut. Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

 Dan dia khabarnya sudah ditangkap! Lihat video bapa mekanik dera anak tiri di bawah... Tak sanggup nak tengok sampai habis (T____T)