Random post

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Panas! Indonesia Punya Kembar Datuk Siti Nurhaliza, CT Liza



Tersentak CK! terbaca sebuah artikel dari sebuah portal hiburan seberang, Kapanlagi. Menerusi laporan media dari negara seberang ini, Siti Liza atau nama sebenarnya Resriliza, 25, sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti Datuk Siti Nurhaliza. 

Menurut mereka, Malaysia bakal mendapat pesaing yang sangat mirip dengan Siti Nurhaliza, bukan saja dari segi paras rupa, malah vokal dan juga genre muzik. Untuk pengetahuan, penyanyi ini memang sengaja dijadikan hampir serupa dengan Siti Nurhaliza oleh sebuah syarikat rakaman dari Indonesia.

“Saat pertama kali saya lihat dan dengar suaranya, saya langsung tahu anak ini harus dikemas seperti apa,” ujar Arnold dari Talenta Indonesia.

Anda mahu dengar suara Siti Liza? Jom dengar single dari Siti Liza sendiri, “Dua Hati”. Apa kata anda?

Girls’ Generation Lagu Terbaru “I Got a Boy”



Setelah setahun lebih menyepi tanpa album terbaru, kini Girls’ Generation tampil dengan comeback terbaru malah sebagai pembukaan kepada artis-artis  K-Pop lain di tahun 2013. Wow!

Selepas melancarkan video muzik lagu ‘Dancing Queen’ kini Girls’ Generation pantas membuat promosi album comeback terbaru mereka yang bakal dikeluarkan 1 Januari depan. Good Luck!

Sempena langkah promosi awal bagi album ke 4 mereka yang bertajuk  “I Got a Boy”, satu teaser telah dimuat naik ke Youtube bagi mempromosikan album terbaru mereka ini yang bakal dilancarkan nanti.

Dengan konsep penuh warna-warni, Girls’ Generation nampak lebih ceria dan sangat comel bak puteri dari cerita dongeng kanak-kanak. Konsep muzik video kali ini berbeza dengan konsep muzik video “The Boys”. Mereka kelihatan lebih muda serta bertenaga dalam muzik video “I Got A boy” berbanding dengan muzik video “The Boys” yang jauh lebih matang.

Jom layan ‘teaser’ muzik video “I Got A boy” terbaru kumpulan Girls’ Generation:

Undi : Siapakah Paling Layak Memegang Gelaran Juara “Vokal Bukan Sekadar Rupa 2″?



Selepas mengharungi beberapa minggu yang penuh cabaran, akhirnya, juara untuk rancangan realiti “Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) 2″ bakal ditentukan dalam pusingan akhir yang akan berlangsung pada 26 Disember (Rabu) ini secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, dari jam 9 – 11 malam .

Semalam, Vokal 2 telah menyingkirkan dua pesaing hebat iaitu Nadeera dan Yus sekaligus mengekalkan Uchop dan Mar untuk beraksi di pusingan akhir Vokal 2. Kedua-dua penyanyi yang mempunyai suara yang mantap dan unik ini bakal merebut gelaran juara dan wang tunai berjumlah RM100 ribu.

Sebagai penonton setia Vokal 2, anda pasti sudah tahu bahawa program ini masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Namun di OHBULAN!, anda adalah juri dan anda juga boleh mengundi!

Jawapan ditangan anda, mari mengundi!

Siapakah Yang Layak Bergelar Juara Vokal 2?

Lagi Video Kanak-Kanak Kecil Didera Tersebar


LELAKI BINATANG? sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak kecil dia. ini kan manusia ! Susulan Kes Mekanik Kejam Dera Anak Tiri | Kejadian berlaku di Klang dan menerusi laporan Kosmo, perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut. Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

 Dan dia khabarnya sudah ditangkap! Lihat video bapa mekanik dera anak tiri di bawah... Tak sanggup nak tengok sampai habis (T____T)