Random post

Sambutan Hari Jadi Si Comel, Elfira Loy

Ramai rupanya selebriti-selebriti wanita yang dilahirkan pada bulan Mac ini. Semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Salah seorang daripadanya ialah Elfira Loy, yang kini sedang popular menerusi rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.



Banyak juga rakan-rakan artis yang hadir untuk meraikan hari jadi si kecil molek ini. Seronok Abang Nara melihat hubungan mesra yang terjalin di antara mereka ini. Semoga akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.


lagi gambar...

Nelydia Senrose - Saya Tak Rampas Qi Daripada Yuna

Wahhh ~~ Kecoh satu Malaysia kononnya si Nelydia Senrose sebenarnya merampas Qi Razali daripada kekasihnya dulu, Yunalis Zarai. Malah ada suara-suara sumbang yang menyatakan Nelydia sebenarnya menjadi punca perpisahan mereka berdua. Fuh ~~~ habis kecoh nie... panas!



Kalau ada awek secun Nelydia Senrose datang mengorat memang boleh tergugat keimanan dibuatnya. Hehehe. Namun begitu, Nelydia sebenarnya langsung tidak terlibat di dalam proses perpisahan Yuna dan Qi. Kata Nelydia kepada Utusan Malaysia:-

Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.

Lawak Bugatti Veyron Hanya Mampu Dipandu Dengan Kelajuan 60km/j

Kereta milik Pham Tran Nhat Minh, seorang penolong pengurus di Long Thanh Plastic company limited hanya mampu dibawa sehingga 60km/j bukan kerana takut disaman tetapi kerana kesesakan serta saiz jalan yang kurang sesuai untuk kereta ini. Jadi apakah gunanya untuk membeli kereta mewah sebegini di kawasan tersebut. Bugatti Veyron adalah kereta terpantas di dunia yang telah disahkan oleh dunia permotoran dan boleh dipandu sehingga mencecah kelajuan 431 km/j.