Kurang daripada seminggu, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dihambat dengan kontroversi apabila nama besar seperti Yuna dimaklumkan akan menarik diri daripada bertanding kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.
Difahamkan, penarikan ini terpaksa dibuat kerana terlampau sibuk dengan komitmen album terbarunya bersama dengan seorang anggota band besar, Incubus yang juga merangkap penerbit album tersebut.
Lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang sememangnya diramalkan antara lagu-lagu yang cukup kuat ini akan dinyanyikan oleh artis gantian. Setakat ini, senarai nama artis gantian yang dicadangkan oleh pihak Yuna masih berada dalam pertimbangan pihak penganjur, iaitu TV3.
Berkemungkinan besar juga, anak didik Yuna, iaitu Diandra Arjunaidi dilihat sebagai calon yang cukup berpotensi membawa lagu killer itu.
Dalam perkembangan terbaru, kontrak Yuna bersama label Fader telah pun berakhir dan dipercayai kini beliau disunting oleh sebuah syarikat label yang bertempat di California, Verve Records.
Alasan....cakap saja takut kalah memandangkan persaingan sugguh hebat.....kalau hendak merakam album boleh dibuat bila-bila....memang tak profesional....
ReplyDeletePersaingan kali nie hebat2...
ReplyDelete