Random post

Showing posts with label Isu Kontroversi. Show all posts
Showing posts with label Isu Kontroversi. Show all posts

Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat - Politik

Video kontroversi yang dilakonkan oleh Salih Yaakob dan Nabil telah membuatkan Salih Yaakob bersara daripada dunia hiburan tanah air. Namun sehingga ke hari ini, tiada penjelasan atau reaksi yang telah dikeluarkan oleh Nabil berkenaan video tersebut.




Namun menerusi satu video, Nabil dilihat bersama Khairy Jamaluddin di dalam satu majlis telah menerangkan sebab-sebab dirinya melakukan video parodi tersebut. Antara penjelasan Nabil ialah:-
Apa yang saya buat, saya dapat tohmahan, makian dan cacian. Sampai family saya, isteri saya jadi takut. Saya tak takut dengan semua itu. Sebab apa saya tak takut? Sebab apa yang saya buat, Insya Allah akan bukak mata dan hati orang.
Anda boleh lihat video di bawah untuk penjelasan sepenuhnya daripada Nabil.


Rita Rudaini Dan Lisdawati Dah Berbaik Semula Selepas 7 Tahun

Adakah anda masih ingat dengan tragedi yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air pada tahun 2006? Ketika itu telah berlaku insiden tampar menampar dan tarik rambut di dalam kolam renang di antara Rita Rudaini dan Lisdawati.



7 tahun telah berlalu, kini Lisdawati dan Rita Rudaini bersetuju untuk berdamai semula. Ini kerana mereka berdua ditawarkan untuk berlakon di dalam drama bersiri Kerana Sarah. Kata Lisdawati:-

Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu.



Rita Rudaini pula mengakui yang hubungannya dengan Lisdawati adalah bersifat profesional. Yang penting mereka berdua bertegur sapa. Cuma tidak berborak panjang sahaja. Kata Rita:-

Panas! Indonesia Punya Kembar Datuk Siti Nurhaliza, CT Liza



Tersentak CK! terbaca sebuah artikel dari sebuah portal hiburan seberang, Kapanlagi. Menerusi laporan media dari negara seberang ini, Siti Liza atau nama sebenarnya Resriliza, 25, sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti Datuk Siti Nurhaliza. 

Menurut mereka, Malaysia bakal mendapat pesaing yang sangat mirip dengan Siti Nurhaliza, bukan saja dari segi paras rupa, malah vokal dan juga genre muzik. Untuk pengetahuan, penyanyi ini memang sengaja dijadikan hampir serupa dengan Siti Nurhaliza oleh sebuah syarikat rakaman dari Indonesia.

“Saat pertama kali saya lihat dan dengar suaranya, saya langsung tahu anak ini harus dikemas seperti apa,” ujar Arnold dari Talenta Indonesia.

Anda mahu dengar suara Siti Liza? Jom dengar single dari Siti Liza sendiri, “Dua Hati”. Apa kata anda?

Yuna Tarik Diri Tanding AJL 27, Apa Sebenarnya Berlaku?



Kurang daripada seminggu, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dihambat dengan kontroversi apabila nama besar seperti Yuna dimaklumkan akan menarik diri daripada bertanding kerana bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di USA.

Difahamkan, penarikan ini terpaksa dibuat kerana terlampau sibuk dengan komitmen album terbarunya bersama dengan seorang anggota band besar, Incubus yang juga merangkap penerbit album tersebut.

Lagu ‘Terukir Di Bintang’ yang sememangnya diramalkan antara lagu-lagu yang cukup kuat ini akan dinyanyikan oleh artis gantian. Setakat ini, senarai nama artis gantian yang dicadangkan oleh pihak Yuna masih berada dalam pertimbangan pihak penganjur, iaitu TV3.

Berkemungkinan besar juga, anak didik Yuna, iaitu Diandra Arjunaidi dilihat sebagai calon yang cukup berpotensi membawa lagu killer itu.

Dalam perkembangan terbaru, kontrak Yuna bersama label Fader telah pun berakhir dan dipercayai kini beliau disunting oleh sebuah syarikat label yang bertempat di California, Verve Records.

Isu Panas: Zarina Anjoulie Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah



Utusan Online sebentar tadi melaporkan pelakon dan model, Zarina Anjoulie Ahmad dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi masing-masing berusia 26 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Pelakon kontroversi ini ditangkap bersama rakannya selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa mereka disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Difahamkan kedua-duanya pada mulanya bertindak untuk tidak memberikan kerjasama dengan tidak membuka pintu walaupun pihak polis sudah memperkenalkan diri.

Bekas Ahli Kumpulan Ruffedge Rogol Anak Tiri

Salah seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol anak tirinya. Kejadian tersebut telah berlaku pada bulan Februari 2012. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Fazurina Sempat Peluk Ibu Beberapa Saat Sahaja (13 Gambar)

Sedih pabila mendengar kisah yang terjadi ketika sidang media Siti Fazurina mengenai perkahwinannya yang dikatakan tidak mendapat restu. Mana taknya, Fazurina hanya sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya hanya beberapa saat sahaja.


 Adegan peluk memeluk itu pun terjadi selepas tamat sesi sidang media. Fazurina yang melihat ibunya bergegas keluar daripada tempat sidang media terus mengejar ibunya untuk memohon kemaafan. Pelukan terjadi beberapa saat sebelum si ibu menolak Fazurina apabila meyedari kehadiran saudara mara yang lain.


 Pihak media juga telah memohon agar sesi bersalaman diadakan di antara Fazurina dan ibunya semasa sesi sidang media berlangsung. Sayangnya wakil pihak ibunya menyatakan yang kehadiran mereka di situ adalah hanya untuk mendengar sahaja. Sedikit petikan kata-kata Fazurina kepada
Berita Harian:-
Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal.
 Betul kata Fazurina itu. Mereka berdua sudah pun sah menjadi suami isteri. Daripada terus bermasam muka, baiklah hadapi kenyataan ini. Kepada ibu Fazurina, fikirkanlah yang terbaik untuk anak anda. Jangan terpengaruh dengan hasutan pihak luar. Kebahagiaan anak anda sepatutnya diutamakan.

10 lagi gambar sekitar sesi sidang media Siti Fazurina dengan membaca entri ini sepenuhnya.

[GOSIP] Kami Bukan Kahwin Lari!- Fazurina



Minggu lalu sebuah akhbar melaporkan kisah seorang pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Dunia Anita’ iaitu Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, secara senyap-senyap telah melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Hykal Zulkifli, 30 dengan berwalikan bapa saudaranya di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Fazurina dikatakan menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita dan berita perkahwinan hanya diketahui apabila keluarga Fazurina menerima kiriman SMS daripada seorang saksi.

Difahamkan, keputusan pelakon berusia 30 tahun ini yang membelakangi keluarganya untuk berkahwin jelas mengecewakan ahli keluarga termasuk ibu kandungnya.

Lewat petang semalam, satu sumber yang rapat dengan pelakon ini telah menghubungi pihak editorial OHBULAN! bagi menjelaskan beberapa intipati yang kurang tepat terutamanya akan identiti si suami, Hykal yang kononnya tak pernah dikenali oleh keluarga Fazurina.

Siapa Sangka Terbaru Gambar Panas Neelofa Boleh Tersebar

Siapa sangka gambar seksi Neelofa terlampau boleh tersebar luas di internet? CK! pun hairan mau tak tersentap jantung bila terbaca kat satu blog nih kisah neelofa yang sangat seksi. Memang mantop lah gambar tuhh.. jom kita tengok cerita sebenar di sebalik gambar neelofa yang sangat seksi nih..!!





Glurp!!! Tersentap jantung CK! bila tengok sendiri gambar Neelofa yang seksi terlampau dalam Instagram tu.. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tak dah tentu batal puasa..

Woi!! Kau Yang Biadab – Julia Perez Respon Status Twitter Zed Zaidi (Panasz)



Wah, nampaknya industri hiburan hari ini bertambah hangat apabila berlaku satu insiden yang tidak diingini, dimana Zed Zaidi dan Julia Perez telah bergaduh dilaman Twitter masing-masing.

Menerusi sebuah blog hiburan tempatan, sebelum ini Julia Perez pernah mengutuk industri hiburan Malaysia di laman Twitter miliknya pada 10 Disember lalu dan berikutan status tersebut, Zed Zaidi telah naik berang, lalu berhasrat untuk menyiasat sama ada cara kemasukan Julia Perez ke dalam industri Malaysia secara berpermit ataupun tidak.

Sila baca status Twitter ini dari atas ke bawah kerana ia berkait antara satu sama lain.

Julia Perez Bekerja Di Malaysia Tanpa Permit – Zed Zaidi

Menerusi laman Twitternya, Zed Zaidi telah membuat pendedahan hasil siasatannya terhadap Julia Perez. Secara kesimpulan, Julia Perez, pelakon dari Indonesia hadir ke Malaysia untuk penggambaran drama dengan hanya menggunakan pas pelawat, bukannya permit kerja.


Pendedahan ini ternyata mengejutkan dan menunjukkan kelemahan penguatkuasaan terhadap pelakon-pelakon luar. Zed Zaidi sendiri menerusi akaun Twitternya bertanyakan apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak terbabit terhadap Julia Perez.