Random post

Terbaru Lisa Surihani Buat Laporan Polis, Wang RM50 Ribu Dalam Bank Sudah Hilang


Minggu lepas kecoh sebentar apabila seorang pengurus dikatakan telah membawa lari wang sebanyak RM40 ribu milik seorang penyanyi popular. Sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru lagi.

Hari ini, sebuah tabloid tempatan telah melaporkan bahawa Lisa Surihani dan ibunya, Siti Amira telah mengalami kerugian RM50 ribu apabila kad ATM mereka telah ditukar. Mereka hanya menyedari perkara ini apabila ibu Lisa mahu mengeluarkan wang pada pagi Jumaat lepas dan mendapati baki wang mereka telah berkurangan.

Menyedari perkara ini, Lisa dan ibunya segera merujuk pada pihak bank sebelum diberitahu kad ATM mereka sudah tidak boleh digunakan kerana telah ditukar oleh orang lain.


Lisa ketika dihubungi masih tidak memberikan apa-apa kenyataan penuh tapi hanya mengesahkan kes ini dalam siasatan polis dan akan memberi penjelasan selepas kes selesai.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai. Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment