Random post

Demi Pakaian Percuma Rela Pakai Baju Dengan Sedikit Saja Benang Di Badan


Ingin baju percuma? Masuk ke kedai ini hanya dengan memakai pakaian dalam saja! Kira-kira begitulah aturan mainan yang ditetapkan oleh sebuah kedai pakaian di Paris.

Kedai pakaian ini menawarkan baju atasan dan bawahan secara percuma pada 100 pengunjung pertama yang masuk ke kedai mereka hanya dengan mengenakan pakaian dalam.

Ternyata, acara tahunan ini cukup diminati banyak orang. Buktinya, banyak lelaki dan wanita yang setengah telanjang berduyun-duyun beratur di Boulevard des Capucines ketika kedai baru dibuka pukul sembilan pagi. Mereka bahkan rela beratur ketika udara sedingin 30 derajat Farenheit.

Rita Rudaini Dan Lisdawati Dah Berbaik Semula Selepas 7 Tahun

Adakah anda masih ingat dengan tragedi yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air pada tahun 2006? Ketika itu telah berlaku insiden tampar menampar dan tarik rambut di dalam kolam renang di antara Rita Rudaini dan Lisdawati.



7 tahun telah berlalu, kini Lisdawati dan Rita Rudaini bersetuju untuk berdamai semula. Ini kerana mereka berdua ditawarkan untuk berlakon di dalam drama bersiri Kerana Sarah. Kata Lisdawati:-

Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu.



Rita Rudaini pula mengakui yang hubungannya dengan Lisdawati adalah bersifat profesional. Yang penting mereka berdua bertegur sapa. Cuma tidak berborak panjang sahaja. Kata Rita:-

13 Foto Super Junior Anugerah Album Terbaik, CN Blue & KARA Malaysia’s Most Favourite


Hari pertama penganjuran Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur diserikan dengan persembahan pembukaan daripada Yong Hwa (CN Blue), dan persembahan tarian seksi Nicole daripada kumpulan hit KARA melalui lagu “Because of You – Neyo”, menyaksikan lebih 15000 peminat K-Pop berteriakan ekoran keterujaan. Apatah lagi, penganjuran anugerah berprestij ini diadakan secara julung kalinya di Malaysia dengan kehadiran 25 nama K-Pop terkemuka seperti KARA, INFINITE, CN Blue, Super Junior dan lain-lain.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan untuk hari pertama dengan fokus utama diberikan kepada pencapaian terhebat album-album yang diterbitkan sepanjang tahun 2012 melalui penjurian profesional. Selain itu, peminat K-Pop turut berpeluang menyumbangkan undian mereka untuk kumpulan artis kegemaran melalui 3 kategori iaitu MSN Popularity Vote, Malaysia’s Most Favourite dan GALAXY Star Award.



Lewat malam tadi, undian populariti SMS melalui kategori Malaysia’s Most Favourite memihak kepada CN Blue & KARA apabila mereka masing-masing berjaya mengutip undian sebanyak 38976 & 35686.


Debaran kemuncak malam anugerah makin dirasai apabila Super Junior atau lebih dikenali sebagai SuJu berjaya merangkul anugerah Album Terbaik melalui Sexy, Free & Single. Selain itu, mereka turut menerima anugerah khas iaitu MSN Southeast Asia Award di atas pencapaian hebat ini.

Untuk hari kedua (hari ini), sebanyak 9 kategori akan diumumkan iaitu Golden Disk Award Song Division, New Rising K-Pop Star, Single Album Of The Year, Best HIP HOP Star, MSN International Award, Galaxy Star Award, CeCi Popularity Award, InStyle Fashionista Award, dan Song of The Year.

G-Dragon (BIG BANG), miss A, SISTAR dan barisan artis terkenal dijangka bakal melangkahkan kaki di atas karpet merah bermula pukul 5 petang ini, dan pastikan anda juga turut memberikan sokongan di sana!

Berikut adalah keputusan penuh Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards :