Random post

13 Foto Super Junior Anugerah Album Terbaik, CN Blue & KARA Malaysia’s Most Favourite


Hari pertama penganjuran Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards (GDA) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur diserikan dengan persembahan pembukaan daripada Yong Hwa (CN Blue), dan persembahan tarian seksi Nicole daripada kumpulan hit KARA melalui lagu “Because of You – Neyo”, menyaksikan lebih 15000 peminat K-Pop berteriakan ekoran keterujaan. Apatah lagi, penganjuran anugerah berprestij ini diadakan secara julung kalinya di Malaysia dengan kehadiran 25 nama K-Pop terkemuka seperti KARA, INFINITE, CN Blue, Super Junior dan lain-lain.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan untuk hari pertama dengan fokus utama diberikan kepada pencapaian terhebat album-album yang diterbitkan sepanjang tahun 2012 melalui penjurian profesional. Selain itu, peminat K-Pop turut berpeluang menyumbangkan undian mereka untuk kumpulan artis kegemaran melalui 3 kategori iaitu MSN Popularity Vote, Malaysia’s Most Favourite dan GALAXY Star Award.



Lewat malam tadi, undian populariti SMS melalui kategori Malaysia’s Most Favourite memihak kepada CN Blue & KARA apabila mereka masing-masing berjaya mengutip undian sebanyak 38976 & 35686.


Debaran kemuncak malam anugerah makin dirasai apabila Super Junior atau lebih dikenali sebagai SuJu berjaya merangkul anugerah Album Terbaik melalui Sexy, Free & Single. Selain itu, mereka turut menerima anugerah khas iaitu MSN Southeast Asia Award di atas pencapaian hebat ini.

Untuk hari kedua (hari ini), sebanyak 9 kategori akan diumumkan iaitu Golden Disk Award Song Division, New Rising K-Pop Star, Single Album Of The Year, Best HIP HOP Star, MSN International Award, Galaxy Star Award, CeCi Popularity Award, InStyle Fashionista Award, dan Song of The Year.

G-Dragon (BIG BANG), miss A, SISTAR dan barisan artis terkenal dijangka bakal melangkahkan kaki di atas karpet merah bermula pukul 5 petang ini, dan pastikan anda juga turut memberikan sokongan di sana!

Berikut adalah keputusan penuh Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards :


ALBUM OF THE YEAR
Sexy, Free and Single by SUPER JUNIOR

GOLDEN DISK AWARD ALBUM DIVISION
INFINITE, B1A4, CN Blue, 4Minute, BEAST, KARA, Super Junior, SHINee

NEW RISING K-POP STAR
EXO-K dan Juniel

MSN SOUTHEAST ASIA AWARD
Super Junior

JTBC BEST ARTISTE
BEAST

MALAYSIA’S MOST FAVORITE
CN Blue dan KARA

NEXT GENERATION STAR
BTOB

MOST POPULAR STAR
SHINee

PRODUCER OF THE YEAR
FNC Entertainment

BEST DANCE PERFORMANCE
‘TroubleMaker’ (HyunA & Hyun Seung)

BEST GROUP PERFORMANCE
INFINITE











+Sumber

No comments:

Post a Comment