Semua sedia maklum Anne Ngasri sudah pun bertunang dengan lelaki pihannya, Mohd Sumali Reduan pada bulan November yang lalu dan pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 22 Disember ini di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian.
Menurut laporan Media Hiburan, Anne Ngasri akui masih lagi merasa berdebar untuk bergelar isteri, meskipun majlis pernikahan tersebut merupakan pengalaman kedua buat dirinya.
Jujurnya buat masa sekarang saya masih berdebar untuk menanti saat dinikahkan. Macam mana kali pertama dahulu, samalah juga kali ini. Debarannya tetap sama.Saya mengharap agar majlis yang akan dilangsungkan berjalan lancar.
Bagi majlis kali ini, Anne lebih selesa untuk mengadakan majlis kesyukuran sahaja dan tanpa sebarang majlis persandingan. Ketika majlis berlangsung, Anne bakal menggayakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.
Jom lihat foto baju pengantin Anne dengan baca entri ini sepenuhnya
No comments:
Post a Comment