Setelah setahun lebih menyepi tanpa album terbaru, kini Girls’ Generation tampil dengan comeback terbaru malah sebagai pembukaan kepada artis-artis K-Pop lain di tahun 2013. Wow!
Selepas melancarkan video muzik lagu ‘Dancing Queen’ kini Girls’ Generation pantas membuat promosi album comeback terbaru mereka yang bakal dikeluarkan 1 Januari depan. Good Luck!
Sempena langkah promosi awal bagi album ke 4 mereka yang bertajuk “I Got a Boy”, satu teaser telah dimuat naik ke Youtube bagi mempromosikan album terbaru mereka ini yang bakal dilancarkan nanti.
Dengan konsep penuh warna-warni, Girls’ Generation nampak lebih ceria dan sangat comel bak puteri dari cerita dongeng kanak-kanak. Konsep muzik video kali ini berbeza dengan konsep muzik video “The Boys”. Mereka kelihatan lebih muda serta bertenaga dalam muzik video “I Got A boy” berbanding dengan muzik video “The Boys” yang jauh lebih matang.
Jom layan ‘teaser’ muzik video “I Got A boy” terbaru kumpulan Girls’ Generation:
No comments:
Post a Comment