Random post

Anne Ngasri Sah Bergelar Isteri Kepada Sumali Dengan Sekali Lafaz (TAHNIAH)

Akhirnya debaran Anne Ngasri untuk menjadi isteri buat kali kedua telah pun berakhir kira-kira jam 11 pagi semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Anne Ngasri (28 tahun) dan Mohd Sumali Reduan (40 tahun) kini sah bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan!!!


Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju



Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.


lagi gambar sekitar majlis pernikahan Anne Ngasri dan Sumali





No comments:

Post a Comment