Random post

Fazurina Sempat Peluk Ibu Beberapa Saat Sahaja (13 Gambar)

Sedih pabila mendengar kisah yang terjadi ketika sidang media Siti Fazurina mengenai perkahwinannya yang dikatakan tidak mendapat restu. Mana taknya, Fazurina hanya sempat memeluk dan memohon maaf kepada ibunya hanya beberapa saat sahaja.


 Adegan peluk memeluk itu pun terjadi selepas tamat sesi sidang media. Fazurina yang melihat ibunya bergegas keluar daripada tempat sidang media terus mengejar ibunya untuk memohon kemaafan. Pelukan terjadi beberapa saat sebelum si ibu menolak Fazurina apabila meyedari kehadiran saudara mara yang lain.


 Pihak media juga telah memohon agar sesi bersalaman diadakan di antara Fazurina dan ibunya semasa sesi sidang media berlangsung. Sayangnya wakil pihak ibunya menyatakan yang kehadiran mereka di situ adalah hanya untuk mendengar sahaja. Sedikit petikan kata-kata Fazurina kepada
Berita Harian:-
Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal.
 Betul kata Fazurina itu. Mereka berdua sudah pun sah menjadi suami isteri. Daripada terus bermasam muka, baiklah hadapi kenyataan ini. Kepada ibu Fazurina, fikirkanlah yang terbaik untuk anak anda. Jangan terpengaruh dengan hasutan pihak luar. Kebahagiaan anak anda sepatutnya diutamakan.

10 lagi gambar sekitar sesi sidang media Siti Fazurina dengan membaca entri ini sepenuhnya.










+Sumber:

No comments:

Post a Comment