Random post

Pertunangan Shahrizal Jaszle & Redzwani Puteri (9 Gambar)



Pelakon kacak, Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle telah mengikatkan tali pertunangannya bersama Redzwani Puteri di kediaman keluarga perempuan pada hari Sabtu yang lalu.

Kedua-dua pasangan ini yang baru menjangkau umur 24 tahun mengambil keputusan untuk mengikatkan tali pertunangan setelah setahun mengenali diri masing-masing.

Difahamkan, Shahrizal Jaszle pada mulanya ingin melaksanakan perkahwinan secepat mungkin, namun diminta oleh ahli keluarga perempuan supaya mengikut adat memandangkan Redzwani Puteri adalah puteri bongsu mereka.

Apatah lagi, Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian jazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.

Foto kredit sepenuhnya kepada The Photolicious










No comments:

Post a Comment