Random post

Lagi Video Kanak-Kanak Kecil Didera Tersebar


LELAKI BINATANG? sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak kecil dia. ini kan manusia ! Susulan Kes Mekanik Kejam Dera Anak Tiri | Kejadian berlaku di Klang dan menerusi laporan Kosmo, perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut. Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

 Dan dia khabarnya sudah ditangkap! Lihat video bapa mekanik dera anak tiri di bawah... Tak sanggup nak tengok sampai habis (T____T)



Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya. Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

Satu Malaysia mengutuk tindakan kejam lelaki berkenaan dan menyifatkan perbuatannya itu melampau dan tidak berperikemanusiaan. Buktinya kita boleh lihat dari komen terhadap video itu dan semuanya mengeji tindakan terlampau yang dilakukan bapa tiri mangsa.


Update: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didakwa didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Pegawai Perhubungan Awam HTAR, N. M. Akmar Irdawaty berkata, mangsa ditempatkan di bilik berasingan di Wad Pediatrik untuk penilaian dan pemerhatian kesihatan.

3 comments:

  1. Ya Allah, mengalir air mata ini melihat nasib budak kecik ni...apalah salah dia sampai begitu kejamnya lelaki ini sanggup buat begitu kepada budak yg x tahu apa2..walaupun bukan seagama, tetapi kita semua manusia kecuali bapa ni yg mcm BINATANG...SEMOGA MENDAPAT BALASAN YG SETIMPAL BERKALI GANDA..

    ReplyDelete
  2. Tak kira apa pun bangsa kita, tapi kanak2 dibawah umur adalah mulia disisi Allah, berbaloi kah seorang bapa menderakan anaknya hingga terseksa bagitu kalau nak dibandingkan dengan perkara yang telah sianak kecil itu lakukan......contohnya kalau sikecil itu tumpahkan makanan: pesankan padanya lain kali jangan lagi tumpahkan makanan atau kalau dia bermain dengan pemetik api, kita sembunyi ditempat yang tinggi supaya tidak nampak dari pandangan kanak2......itu lah cara BETUL bg CK mendidik kanak2, :`(

    ReplyDelete
  3. mak bodoh bapak tolol bahlol dua dua setan!!!!!!!!!!!..sayangkan laki tak b`tempat...dah sah sah anak sendiri kena belasah teruk cm masih lg boleh rakam lama2 cm ni...manalah kepala hotak dia tarok..Oh tuhan kau lenyapkan manusia2 yg berhati binatang neh..

    Nak cari gaduh pun tengok laa size dulu.. setakat budak kecik blh la tunjuk hebat.. meh aku buat ko mcm dlm vidz tu. (Maaf la admin aku takleh kawal perasaan tgk video ni) rasa nak hetam2 je org dlm tu!

    ReplyDelete