Random post

Yuna Pilih Aizat, Bawa Lagu “Terukir Di Bintang” AJL 27



Akhirnya, segala spekulasi telah pun terjawab apabila Yuna memilih Aizat sebagai penggantinya untuk membawa lagu “Terukir Di Bintang” di Anugerah Juara Lagu ke 27 nanti.

Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut yang akan diiringi oleh barisan ahli muzik Yuna sendiri. Mereka kini sedang menjalani persiapan saat akhir sebelum malam anugerah berprestij ini berlangsung nanti. Keputusan ini dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27.

Lagu ‘Terukir Di Bintang’ adalah hasil ciptaan sepenuhnya Yuna, 27,  dan merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang AJL 27 nanti. Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Untuk pengetahuan, Aizat sebelum ini pernah merangkul trofi juara Anugerah Juara Lagu ke 24.



Sumber Asal:

No comments:

Post a Comment