Random post

Frankenstein Sebenarnya Wujud..?


Frankenstein pada asal merupakan novel karangan Mary Shelley yang dahulunya bertajuk 'The Modern Prometheus'. Novel tersebut telah diterbitkan pada tahun 1823 di Perancis. Bermula dari penerbitan ini, cerita mengenai makhluk fiksyen ini semakin popular dan ceritanya diambil untuk pementasan dan beberapa abad selepas itu terbit pula francais filem mengenainya sehinggakan ke hari ini wataknya dikenali ramai. Namun, apa yang bermain di fikiran CK! sebagai kaki exposed, Mr Pulun, benarkah watak yang dikategorikan sebagai makhluk fiksyen ini wujud sekitar 3000 tahun yang lampau?



Baru - baru ini, satu rangka aneh telah ditemui di Cladh Hallan di Scotland, iaitu sebuah tapak eskavasi arkeologi di selatan Pulau Uist. Rangka mumia yang ditemui ini merupakan rangka mumia pertama di kepulauan Great Britain. Lebih menarik lagi, rangka mumia yang berusia 3000 tahun ini terdiri daripada enam orang yang berlainan menjadikan ia satu penemuan rangka manusia yang weird!. Bagi mereka yang mengambil subjek sains biologi atau pernah belajar subjek sains di sekolah, tidak logik sekiranya seorang manusia mempunyai rangka yang terdiri dari tulang enam orang berlainan. Adakah rangka mumia yang ditemui semasa hayatnya, anggota badannya dicantum untuk tujuan tertentu?  Jadi, benarkah makhluk ujikaji seakan Frankenstein memang pernah wujud?






Berdasarkan laporan dari National Geographic, ujian DNA dan ujian 'isotopic dating' (ujian untuk mengenal pasti usia) ke atas rangka mumia tersebut dan jelas menunjukkan rangka - rangka yang terdapat dalam mumia tersebut terdiri daripada bahagian - bahagian tubuh manusia lain. Dari ujian ini juga, mumia ini dipercayai dicantum dari bahagian tubuh rangka manusia lain dan ditanam bersama hampir 600 tahun selepas kematianya. Fakta ini diguna pakai bagi menolak spekulasi bahawa mumia yang merupakan seorang Frankenstein ini hidup dengan enam bahagian badan manusia lain.

 Namun, tindakkan mencantum rangka - rangka ini tidak dapat diperjelaskan sebabnya. Terry Brown, ketua pengkaji dan juga seorang professor di Universiti Manchester berpendapat bahawa tubuh asal mumia ini mungkin tidak lengkap ketika kematiannya dan ia sengaja dicantum dengan bahagian tubuh orang lain untuk melengkapkan tubuhnya sebelum dikebumikan. "Kepalanya mungkin dipancung dan diganti dengan kepaa orang lain - Terry Browm" 

Bagi mereka yang berfikir berdasarkan sains, kebenaran sentiasa ada bagi menjelaskan sesuatu perkara. Walaupun kajian dijalankan, namun ia tidak boleh diambil remeh kerana pelbagai hipotesis akan terhasil bagi menerangkan perkara tersebut.Yang pasti, Tuhan Maha Mengetahui dari segala - galanya.





1 comment:

  1. You are tagged! Komen bnyk bnyk tau :)
    http://meanwhileinparalleluniverse.blogspot.com/2012/12/new-year-giveaway-by-sheera-aya.html

    ReplyDelete